Monday 12 April 2010

Selamat Datang


Adakah anda memiliki pakaian batik?tahukah anda bagaimana barangan batik dihasilkan?bagaimana pula dengan barangan-barangan kraf tradisional yang lain?Kraf Batik adalah satu hasil tangan kebanggaan negara.

Pada masa sekarang penggunaan batik amat meluas, sama ada untuk tujuan pakaian ataupun hiasan di dinding .Penggunaan kraf batik ini secara langsung akan menyedarkan murid-murid dan menjadikan mereka bangga kerana mempunyai kraf yang estetika(G).Penghasilan batik dimensi baru akan menjadikan kraf batik ini satu warisan yang tidak akan luput.


Dalam projek ini pelajar akan mengkaji dan membandingkan kraf tradisional dari negeri lain. kepentingan penggunaan batik dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,peralatan dan bahan pembuatan batik serta proses penghasilan batik asli.

Murid sebagai pengusaha batik(R) menjalankan aktiviti kaji selidik(S),membuat lawatan ke kilang (s) untuk mengumpul maklumat tentang batik. Temu bual dijalankan terhadap masyarakat tentang pengetahuan batik. Perbincangan online akan berlaku di laman sesawang.Segala hasil kajian akan dinilai melalui senarai semak dan borang pemerhatian.(E)

Data kajian dan barangan batik(P) akan dipamerkan kepada ibu-bapa semasa hari anugerah ilmu dan masyarakat setempat (A). Projek kajian ini pada akan mengambil masa sebulan(D).